Isnin, 1 April 2013

Sejarah April Fool


Sejarah April Fool

 
 Sebenarnya April Mop adalah sebuah
perayaan hari kemenangan atas
pembunuhan ribuan umat Islam di
Sepanyol oleh tentera salib yang
dilakukan melalui cara-cara penipuan.
Oleh sebab itulah mereka merayakan
April Fool dengan cara membolehkan
penipuan dan pembohongan walaupun
ia dikaburi dengan alasan kononnya ia
hanya sekadar suatu hiburan atau
gurauan belaka.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:

“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang, antaranya sebab

1.Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2.Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4.Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
  adalah haram bagi kita umat islam merayakan april fool...

secara tidak sedar kita sama2 meraikan hari kematian saudara2 islam kita...

sama2lah kita sedekahkan al fatihah untuk semua saudara2 islam yang telah telah pergi ..

al fatihah......
 
info and info 

0 ulasan: